PENGIKTIRAFAN
ATAS
PERKHIDMATAN
Presiden Halimah
Yacob (barisan
depan enam dari
kiri) telah
menyampaikan
anugerah kepada
penerima
Anugerah
Perkhidmatan
Kesihatan
Bermutu (Health
Quality Service)
Singapura di
Pusat
Kebudayaan
Universiti (UCC),
Universiti
Nasional
Singapura (NUS),
semalam. – Foto
SINGHEALTH
Lebih 3,400 kakitangan
merentasi sektor penjagaan
kesihatan diiktiraf atas
perkhidmatan bermutu mereka
semalam dalam majlis Anugerah
Perkhidmatan Kesihatan Bermutu
(Health Quality Service)
Singapura yang berlangsung di
Pusat Kebudayaan Universiti
(UCC), Universiti Nasional
Singapura (NUS).
Ini merupakan tahun
kesembilan acara penyampaian
anugerah tahunan itu diadakan,
anjuran Pusat Perubatan
Akademik SingHealth Duke-NUS
sejak 2011.
Presiden Halimah Yacob selaku
tetamu terhormat menyampaikan
3,462 anugerah Perak, Emas,
Bintang dan Superstar kepada
profesional penjagaan kesihatan
daripada 34 institusi penjagaan
kesihatan awam serta swasta, dan
juga pertubuhan daripada sektor
Penjagaan Jangka Pertengahan
dan Jangka Panjang (ILTC).
“Penerima anugerah telah
membezakan diri mereka dengan
melakukan yang lebih dan
meningkatkan standard bagi
memberikan penjagaan bermutu
dan pengalaman positif buat
pesakit dan penjaga mereka,” kata
Presiden Halimah dalam
ucapannya.
Beliau menambah bahawa
disebabkan komitmen dan
sokongan mereka, pesakit dan
penjaga diperkasa dengan
pengetahuan, keyakinan dan
tanggungjawab dalam mengurus
keadaan mereka.
“Pelan penjagaan menjadi lebih
peribadi dan bermakna apabila
kita melibatkan pesakit dan
mempertimbangkan matlamat
rawatan yang ada dalam fikiran
mereka. Ini mempertingkat
khidmat penjagaan, memperbaiki
hasil rawatan, dan mewujudkan
sistem penjagaan kesihatan yang
lebih mampan,” jelasnya.
Antara penerima Anugerah
Superstar, iaitu anugerah tertinggi,
ialah Profesor Madya Adjung Tan
Heng Hao yang membuat
keputusan mendalami perubatan
reproduktif pada 2008.
Beliau berkata merawat pesakit
sering memerlukannya
memainkan peranan tambahan,
iaitu menjadi rakan dan tempat
mengadu.
Profesor Tan merupakan
perunding kanan dan ketua
Jabatan Perubatan Reproduktif di
Hospital Wanita dan
Kanak-Kanak KK (KKH), dan juga
pengarah Pusat KKIVF.
Ramai pasangan yang datang
kepadanya berkata mereka
mengalami stigma sosial kerana
tidak mempunyai anak, dan ini
menyebabkan kebimbangan,
kemurungan dan kadangkala
keretakan dalam perkahwinan
mereka.
Justeru, tugasnya sebagai
doktor bukan sekadar memenuhi
keperluan perubatan.
Menurutnya, doktor kesuburan
yang baik memerlukan kesabaran,
empati, dan sikap yang tidak
menghukum orang.
“Tekanan sosial agar
mempunyai lebih anak atau
meneruskan nama keluarga
sangatlah berat. Oleh itu, ini
selalunya bukan sekadar isu
perubatan, malah psikologi dan
emosi,” katanya.
Tags:
;
;
;
;
News Article;
;
SingHealth;
;
Berita Harian;
;
;
;
;
Awards
Source: Berita Harian (c) Singapore Press Holdings Limited. Permission required for reproduction.